assalamualaikum dan salam satu malaysia. :)
harap semuanya diberkati. untuk makluman semua, hari ini adalah hari isnin, bersamaan kosongempat julai duaribusebelas, dimana genaplah satu tahun umurnya chocolates and cigarettes. kalau di tahun duaribusepuluh, kosongempat julai jatuhnya pada hari ahad. tiada kaitan, HAHA. macam tidak senang untuk di percayai. rupa rupanya sudah setahun umurnya. rasanya seperti tidak banyak entri yang di publish-kan. sepanjang setahun blog ini di miliki, pelbagai drama yang berlaku. dan ramai juga pelakonpelakon baru yang ada, tidak ketinggalan juga pelakonpelakon lama. setiap episod pasti ada pahit dan manis. itulah adat hidup. tidak lari dari jatuh dan bangun. lokasi penggambaran juga berbezabeza. sedikit perkongsian, alhamdulillah, beberapa episod telah diadakan di tempat yang paling hebat di muka bumi ini, tidak lain dan tidak bukan iaitu di Madinah Almunawwarah dan juga Mekah Almukarramah. dan untuk itu, aku sangatsangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk sampai di sana. sejujurnya, aku harap aku dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. maafkan jika ada entri yang mungkin kasar katanya, dan juga mungkin tersalah grammarnya, kenyataan, aku masih belajar mengenai semua. terimakasih kepada yang pernah membaca.
--big smile from the owner.
No comments:
Post a Comment